Filem atau cerita Melayu dan Tv-Series Melayu yang kini boleh ditontong secara terus atau "online streaming" atau bole dimuat turun (download) melalui account megaupload.
Filem ini berkisahkan mengenai dua gadis, Tasha (Nabila Huda) dan Amy (Salina Saibi) yang menjadi mangsa karakusan kekejaman manusia. Tanpa pendidikan dan latar belakang keluarga yang sempurna, Tasha dan Amy memilih untuk terjebak dalam dunia lumba haram motosikal yang sekaligus mengubah nasib kehidupna mereka.
Su seorang pelajar, dalam perjalanan pulang dari universiti. Di dalam bas, selain Su, terdapat seorang lagi gadis, Fadilah. Setelah pulang ke rumah, tiba-tiba pintu rumah Su diketuk. Fadilah dalam keadaan basah kuyup meminta bantuan untuk menumpang teduh. Oleh kerana malam semakin larut, hujan lebat dan Fadilah telah diragut, Su mengizinkan Fadilah bermalam di rumahnya.
Keesokan hari, Su dapati Fadilah telah tiada. Di kaca televisyen, berita kehilangan Fadilah ke udara. Berjayakah Su merungkai misteri kehilangan Fadilah?
Cerita 2:
Farah, pramugari yang mengamalkan cara hidup bebas. Farah berkahwin dengan Duke, seorang jejaka Inggeris. Setelah Farah pulang daripada penerbangannya, mereka mengadakan parti meraikan perkahwinan mereka. Namun ketika di parti tersebut, Farah cemburu apabila Duke kelihatan intim dengan seorang perempuan lain. Mereka bergaduh besar dan Farah keluar meninggalkan Duke. Apakah kesudahan yang berlaku pada Farah dan Duke? Mampukah mereka mempertahankan rumah tangga mereka? Adakah Farah terus hanyut dengan gaya hidup bebas penuh kebaratan?
Cerita 3:
JJ, seorang lelaki muda yang telah hilang pegangan agamanya. Tattoo menghiasi badannya, muzik black metal memenuhi halwa telinganya. Teguran ibu dan kakaknya diambil ringan. Satu malam, selepas pulang daripada menghadiri konsert Black Metal, JJ dan kawan-kawan terlibat dalam kemalangan. JJ cedera parah. Apakah yang berlaku pada JJ seterusnya?
Jangan Pandang Belakang Congkak ini merupakan sebuah filem ber konsep komedi seram dengan sedikit unsur-unsur percintaan. Keistimewaan filem ini berbanding filem-filem lain yang satu genre yang menggabungkan elemen seram dengan komedi. Ini merupakan percubaan pertama bagi filem yang bercorak begini tetapi dirasakan formula ini mampu menarik minat para penonton. Ditambah pula dengan sejarah filem Jangan Pandang Belakang dan Congkak yang mencapai kutipan box office maka dengan itu dirasakan dengan menggabungkan kedua-dua tajuk menjadi satu – Jangan Pandang Belakang Congkak ini akan menarik lagi minat penonton untuk menyaksikan filem ini
‘Histeria’ adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah kolej swasta. Tujuh orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Malini, Murni, Maryam, Jenny, dan Kerek) yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘Pink Flamingo’, berpura-pura terkena histeria, hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain apabila mereka bertujuh dikenakan denda, membersihkan kawasan kolej selama seminggu ketika cuti semester. Mereka ditempatkan di satu dorm yang kelihatan menyeramkan. Terdapat seorang pelajar baru (Zeta) menyertai mereka. Sebelum Zeta diterima menjadi ahli Pink Flamingo, beliau perlu diuji, iaitu bermalam di sebuah makmal berhantu. Tujuh pelajar lain cuba menakut-nakutkan Zeta.
Namun kejadian menakutkan benar-benar berlaku apabila pelbagai perkara misteri dialami oleh mereka semua. Ianya bermula selepas Jenny mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Jenny telah mengekori tukang kebun sekolah menanam sesuatu di bawah sebatang pokok pelik. Tanpa dapat menghidu bahaya yang bakal menimpa mereka semua, Jenny kemudiannya menggali tanah tersebut lalu mengambil barang yang terdiri daripada sehelai kain kuning, tulang, rambut dan serbuk darah. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka dibunuh kejam oleh satu lembaga yang berkeliaran di kawasan kolej tersebut. Ada yang mati ditusuk gunting, ada pula digantung di tiang bendera, dicekik leher dan sebagainya. Yang terselamat hanyalah Murni.
Malangnya bukti menunjukkan Murni adalah pembunuh kepada mereka yang lain, bermotifkan dendam kerana sering dibuli. Dan Pakar Psikiatri pula mengandaikan Murni pengidap Paranoid Schizophrenic, sejenis penyakit mental.
Apakah benar Murni yang membunuh? Atau… siapakah dalang di sebalik pembunuhan kejam ini? Saksikanlah Filem ‘Histeria’ ini.
This film tells the adventure of Sifu and Tongga throughout their quest to rescue Mila such as their adventure to the city, excaping from prison and finally saving Mila in the end.
The film begins with the search of Mama Tammy and Izaq for the remaining Watson people alive on earth. Izaq finally manage to kidnapped Mila and bring her back to the city. The Chief of the Watsons was very saddened by this. Sifu and his best friend Tongga promised the chief that they would find Mila and bring her back. Sifu has the outstanding ability to communicate with the spiritual world for guidance. This helped them a lot in finding their way to the big city, Kuala Lumpur. They both were amazed seeing all the modern technology.
Irham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.
Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini.
Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.
Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya. Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.
Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.
Bagaimana Irham menangani perasaan tersebut? Berjayakah Irham memenangi kembali hati Syuhadah yang begitu kecewa dengan apa yang berlaku? Segalanya bakal terjawab dalam SYURGA CINTA.